LATARBELAKANG SEJARAH KAUM KEDAYAN DI SABAH

Nota - Artikal ini saya muat turun dari "public domain" url : http://www.slideshare.net/nautica08/kedayan#postComment yang penulisnya saya tidak ketahui. Namun demikian artikal berkenaan telah dikeluarkan dari url tersebut pada 9 September, 2009. Sebagai penghargaan kepada penulis artikal ini, saya dengan sukacitanya memaparkan hasil kajian beliau di blog ini untuk tatapan pembaca / pelawat budiman. Terima kasih - Pentadbir Blog

Latar belakang Sejarah Kaum Kedayan di Sabah

Writer : Unknown
Date posted : September 9, 2009

Penduduk Sabah terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik dan mempunyai pelbagai kepercayaan, adat resam dan agama. Mengikut analisitik diianggarkan terdapat lebih 30 kumpulan etnik di Sabah. Antara kumpulan etnik utama ialah Kadazandusun, Rungus,Bajau, Melayu-Brunei, Murut, Suluk, Orang Sungei , Kedayan, dan Bisaya. Dalam kajian ini kaum Kedayan merupakan kumpulan etnik yang serumpun dengan bangsa Melayu di Semananjung dan Sarawak.


Sejarah asal-usul


Hasil kajian ini,kita mendapati banyak teori yang menjelaskan tentang asal-usul kaum Kedayan ke Sabah.  Terdapat sumber menyatakan Kedayan merupakan bangsa campuran Orang Jawa dan MasyarakatMelayu Brunei . Sumber ini merujuk kepada  peristiwa Sultan Brunei Ke 5 iaitu Sultan Bolkiah(1473-1521) yang pada ketika itu singgah di tanah Nusantara seperti di Kepulauan Jawa, Sumatra, Kalimantan dan termasuklah  di tanah Jawa[1]  Sultan Brunei telah  menyaksikan aktiviti orang Jawa yang rajin bercucuk tanam dan berpadi dan menawarkan mereka untuk menetap di Brunei. 

Keterangan ini juga merujuk kepada kenyataan tulisan Harrison and Harrison [2]1956 turut menjelaskan kewujudan kaum Kedayan dating dari Jawa Majapahit ketika itu dipercayai bermula pada abad ke-14 dan ke-15 di Kota Batu Brunei. Di sinilah bermulanya ikatan pertalian dan persaudaraan orang Jawa melalui perkahwinan campur dengan Masyarakat Melayu Brunei sehingga pada masa kini kaum Kedayan banyak menetap di Daerah Temburong, Tutong, Belait,Bandar Seri Begawan dan Muara (Jerudong). Pada keagungan tamadun Brunei, kaum Kedayan ini telah  berpindah-randah sehinggalah mereka berkembang ke  Sabah dan  Sarawak.

Dalam pada itu sejarah dan kebudayaan Melayu (1995 : 1120) pula mencatatkan bahawa terdapat sumber lisan yang menyatakan orang Kedayan ini berasal dari Indonesia. Setelah beberapa abad mereka menetap di Brunei, mereka berhijrah ke Sabah dan Sarawak. Sehingga ini, pengkaji yang membuat penyelidikan atas asal usul orang Kedayan sering mengaitkan tempat nenek moyang suku kaum ini dengan kepulauan Indonesia, khususnya dari Jawa.

Namun Hose (1912) dalam kajian sejarah suku kaum Kedayan mendapati bahawa suku kaum ini mempunyai pertalian darah dengan pribumi di Kalimantan, oleh itu beliau mencapai keputusan bahawa orang Kedayan berasal dari Kalimantan[3].- 

Sejarah kedatangan kaum Kedayan ke Sabah bermula dari Selatan Negeri Sabah apabila kawasan ini menjadi sebahagian daripada pemerintahan kerajaan Brunei ketika itu. Kawasan-kawasan yang terlibat ialah di Kg Malintaman (Merintaman), Kg Ulu Sipitang,, Mesapol, Kg. Banting dan Kg Luagan di Sipitang  merupakan antara penempatan kaum Kedayan terbanyak di Sabah. Selain itu kaum ini juga terdapat di Mempakul dan Limadan di Kuala Penyu, Kg.Lingkungan , Kg.Inuman dan Kg.Bukau di Beaufort. Manakala di Papar kaum ini terdapat di Kg.Kelanahan dan Kg Kelatuan.

Dalam tinjauan  yang dibuat di Kg Banting Sipitang,mendapati bahawa sesetengah warga tua yang menetap di kampung berkenaan menyatakan cerita lisan yang diwarisi turun-temurun mendapati bahawa kedatangan kaum Kedayan di Sabah bermula di Kampung Banting ini. Ianya bermula apabila berlakunya penghijrahan masyarakat Kedayan dari  Brunei Darusalam, dan Limbang Sarawak. Cerita ini didukung oleh cerita lisan yang disebarkan dari mulut ke mulut (oral literature) dan menjadi  genre cerita rakyat dan legenda. Begitupun ada juga mengatakan kedatangan kaum ini ke Sabah semasa kegemilangan  Kesultanan Brunei telah membawa banyak penduduk dari negara itu untuk menetap di Sipitang terutamanya di Mesapol dan di kawasan persisiran pantai barat di Sabah.
      
Setakat ini, tidak banyak kajian dilakukan ke atas orang Kedayan baik yang dilakukan oleh sejarawan atau ahli antropologi. Salah seorang pengkaji sejarah dan budaya orang Kedayan ialah Allen Richmond  Maxwell JR. Beliau telah melakukan penyelidikan penuh peringkat PhD-nya atas budaya suku Kedayan di Lembah Labu, Brunei Darussalam yang berjudul Urang Darat, An Ethnographic Study of The Kedayan Of Labu Valley, Brunei, Yale University[4]. Di samping itu, Maxwell (1980) juga menghasilkan sebuah tulisan yang berjudul "On the Various Spelling of the Word Kadayan" (Brunei Museum Journal, Vol. 2, 1970), berhubung dengan pelbagai ejaan dan panggilan orang Kedayan. Akibatnya terhasilah bermacam-macam ejaan yang berlainan seperti "Kadaian", "Kadayan", "Kadian", "Kadien", "Kadyan", "Karayan", "Kedyan", "Kedien" dan "Kerayan". Bagaimana pun pada masa kini, hampir semua bahan cetak termasuk Kamus Dewan, Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu menggunakan ejaan "Kedayan". 

Selain Maxwell, tidak banyak kajian secara teliti telah dilakukan atas sejarah dan budaya suku kaum ini. Menurut Bantong Antaran (1985), bahawa asal nama Kedayan itu telahpun wujud bersama-sama dengan kewujudan kesultanan Brunei. Pada mulanya, semua penduduk Brunei hanya lebih dikenali sebagai ‘Melayu’ dan tidak mempunyai suku kaum yang dipanggil atau dikenali sebagai Kedayan ketika sebelum wujudnya kesultanan Brunei ketika itu.
       
Di Sipitang Sabah, penduduk pertama yang menetap di situ dikenali sebagai ‘orang darat’ ialah masyarakat Kedayan dan Lundayeh[5]

Sosiobudaya, Adat resam, Sistem sosial, dan Pendidikan      

Sosiobudaya  masyarakat Kedayan di Sabah banyak dipengaruhi oleh keadaan di sekelilingnya. Pada kebiasannya budaya hidup masyarakat ini dipengaruhi oleh ahli keluarga dan masyarakat yang akan membimbing golongan muda mengenai peraturan,adat resam, agama serta kepercayaan yang telah diwarisi mereka sejak turun-temurun. Pada umumnya seseorang individu itu akan lebih memahami sosiobudaya hidup masyarakat mereka melalui pendidikan tidak formal yang bermula dari rumah sehinggalah kepada komuniti tersebut.
  

Pada kewujudan kaum Kedayan,kaum ini mempunyai tempat tinggal yang dipunyai oleh dua kelompok yang berbeza dan berasingan, iaitu yang tinggal di pesisiran pantai dan kuala sungai yang bekerja sebagai nelayan.Manakala satu kelompok lagi mendiami kawasan pendalaman dan bekerja sebagai petani dan pesawah. Kehidupan tradisi masyarakat Kedayan adalah bergantung kepada kegiatan-kegiatan ekonomi tradisional seperti mengusahakan sesuatu bagi memenuhi keperluan dalam kehidupan harian. 

Begitupun pada ketika ini kegiatan ekonomi masyarakat Kedayan ini telah berubah dan menjadi moden berbanding  kehidupan masyarakat dahulu. Kedayan sekarang ini lebih banyak bergantung atau bekerja dengan Kerajaan dan juga dalam sektor swasta. Jika adapun,masyarakat Kedayan yang masih melakukan aktiviti seperti bertanam hanyalah sebahagian orang-orang tua yang hanya bertujuan untuk mengisi masa lapang dan untuk keperluan mereka sahaja. Corak kehidupan tradisi masyarakat Kedayan mempunyai kaitan yang sangat rapat dalam bidang pertanian . Kegiatan pertanian ini telah dijadikan sebagai sumber pendapatan yang utama bagi kehidupan puak Melayu Kedayan ketika itu. 

Antara aktiviti pertanian yang mereka usahakan ialah penanaman padi, buah-buahan, sayur-sayuran dan menternak haiwan peliharaan seperti ayam dan itik.  Aktiviti lain yang turut diusahakan termasuklah memburu binatang kerana faktor geologi dan kedudukan penempatan yang dikelilingi hutan telah mendorong kegiatan ini. Salah satunya ialah mundul taipas (taripas). Selain itu kedudukan mereka di persisiran pantai dan tepi sungai juga telah mendorong kegiatan ekonomi lain seperti menangkap ikan dengan cara tradisional. Salah satunya mereka akan memancing ikan dengan menggunakan peralatan tradisi seperti bubu, jala dan siyut untuk ikan air tawar dan menggunakan pukat dan ancau apabila menangkap ikan di laut.


Peraturan dan Adat Resam.

Masyarakat Sabah sememangnya  kaya dengan adat resam dan pantang larang hidup yang tersendiri. Hal ini telah menjadikan adat dan pantang larang sebagai panduan dan pedoman dalam kehidupan seharian masyarakat bumiputera di Sabah. Amalan adat dan pantang larang dalam sesebuah masyarakat ini bertujuan memelihara dan menjamin kesejahteraan hidup. 
         

Masyarakat Kedayan seperti juga halnya dengan masyarakat Melayu di Semananjung Malaysia dan Sarawak mempunyai adat dan budaya yang sama serta saling mempercayai dan mematuhi undang-undang adat. Jika seseorang itu tidak mematuhi undang-undang adat yang ditetapkan, maka sesuatu perkara yang tidak baik serta malapetaka akan menimpa masyarakat tersebut. Begitupun ianya Terdapat beberapa undang-undang adat yang menjadi amalan penduduk di Sabah. Antaranya yang berkaitan dengan pertanian, perkahwinan, dan kematian.

Adat Pertanian

Faktor geografi dan lokasi setempat masyarakat Kedayan telah mendorong kepada kegiatan sosioekonomi  dalam bidang pertanian, memburu dan nelayan. Penanaman padi  merupakan pekerjaan utama masyarakat ini sehingga kini masih lagi mengamalkan pertanian tradisi. Sebelum menanam dan ‘mengatam’ (menuai)  padi dijalankan kawasan penanaman padi terlebih dahulu di’tetakan’ (dibaca doa) oleh seorang pawang dengan cara manangas (
Membaca ayat suci atau doa) di sekeliling kawasan padi padi empat penjuru. 


Apabila padi telah masak petani-petani ini akan batulong-tulongan (bantu-mambantu) mengatam padi.  Padi yang telah diketam (dituai) akan di simpan di dalam durong  iaitu sebuah tempat yang dibuat untuk berehat dan menyimpan padi. Kerabau masih digunakan untuk membantu petani mengangkut hasil padi begitu juga sebagai jentera untuk membajak sawah. Secara tradisinya para petani ini juga akan menggunakan alat galok (sabit) untuk mengetam (menuai) padi .

Di samping itu para petani Kedayan juga melakukan aktiviti mundul taipas (cara menangkap burung taripas). Aktiviti ini sememangnya telah terkenal di kalangan kaum Kedayan. Untuk menangkap burung ini mereka akan menggunakan jaring mengikut cara tradisi mereka. Selain itu memburu payau (rusa) juga merupakan pekerjaan rutin pada musim menuai .

Bagi penduduk Kedayan yang tinggal di persisiran pantai dan di tebing sungai pula lebih cenderung kepada aktiviti nelayan. Sama halnya seperti nelayan-nelayan dari suku kaum yang lain nelayan Kedayan menjalankan aktiviti mengangkap ikan dengan menggunakan rambat (jala), pukat, bujak (lembing), bubu, babang dan manimba untuk menangkap ikan. Gubang  (perahu kecil)dan perahu merupakan sejenis pengangkutan air yang popular, juga akan digunakan untuk mengangkap ikan. Gubang juga telah menjadi kenderaan pengangkutan utama suatu ketika dahulu untuk mengangkut hasil tanaman dan makanan seperti padi dan beras.

Adat Perkahwinan

Setiap kumpulan etnik di Sabah mempunyai adat tersendiri dalam menjalankan upacara perkahwinan. Bagi masyarakat Kedayan, adat perkahwinan adalah sama seperti juga masyarakat Melayu. Umumnya adat sesebuah perkahwinan masyarakat ini dimulakan dengan berjarum-jarum (merisik) di mana keluarga laki-laki dating ke rumah bini-bini (perempuan). 

"Adat perkahwinan masa dulu ani ialah kepala baiyairinya ialah kinkin pembuka mulut kayis laki-laki yang mengantati arah bini-bini karang ani inda lagi ada usuri sebagai penggantinya mun kelangkahan dulang adik kahwin dulu bagi yang bini-bini yang laki-laki inda pulang ada bagi kelangkahan dulang laki-laki ani masti bagi kinkin kepada yang dilangkahi dulang atu sepasang seorang tu sama seperti yang di bagi kepada pengantin perempuan kalau bangsa lani lagi banyak ankup dangan sepasang kasut kinkin sebantuk dan tudung dulang jua tanda bertunang kinkin sebantuk pembuka mulut seperti basar-basar jarum atu mulanya seratus saja belanja hangus kaban lima belas ijib saja seekong jadi kira mulanya belanja karun masa dulu atu." O
leh Piah Bte Karim (umur 70 tahun, 2000), Limbang, Sarawak.

Selepas itu diikuti dengan bersarang gundih (meminang) dengan membawa sebentuk kinkin (cincin). dan acara mengantat barian (hantaran kahwin). Mengantat berian ini biasanya bakal pengantin laki-laki akan memberi wang hantaran bersama seikung kerabau (seekor kerbau).Seterusnya apabila kata sepakat telah dicapai majlis nikah  akan dilangsungkan dengan diikuti majlis bertimbang (bersanding).

Seminggu sebelum majlis kahwin diadakan memucang (gotong-royong) kalangan keluarga terdekat dan jiran datang untuk membuat persiapan perkahwinan. Biasanya memucang ini dilakukan bagi mempersiapkan khemah, dapur memasak (tempat mendadih) dan membuat kuih-muih. Sehari sebelum majlis perkahwinan pula majlis mendadih (memasak) iaitu mengelupis (sejenis makanan seperti ketupat yang diperbuat daripada pulut) . Menyembelih kerbau secara berami-ramai seringkali dilakukan untuk dijadikan lauk-pauk semasa jamuan makan. Daging kerbau tersebut seterusnya dipotong-potong dengan mengarap (mencincang) biasanya dilakukan oleh kaum wanita secara beramai-ramai.

Adat bagi pengantin perempuan (bini-bini) pula, terlebih dahulunya sebelum menjelang saat perkahwinan orang-orang tua telah memberikan beberapa petua dan adat tradisi yang mesti dipatuhi. Umpamanya mandi langir bagi membersihkan dan mencantikkan wajah dan kulit bakal pengantin perempuan. Sesetengah adat pula melarang bakal pengantin perempuan ini keluar rumah selama satu atau dua minggu sebelum majlis perkahwinan. Adat ini mesti dipatuhi kerana khuatir akan berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku ke atas bakal pengantin.

Pada malam selepas diijab Kabul (nikah) pula dilangsungkan majlis malam bebadak (majlis berinai) . Pada malam ini majlis disertai bacaan berzanji,  merhaban dan selawat ke atas nabi s.a.w. Majlis merenjis pengantin akan dilakukan oleh kaum keluarga dan jiran yang hadir dalam majlis ini semasa selawat nabi dialungkan. Selepas itu diadakan pula acara bergambus (tari-menari) dan dan pada ketika ini diadakan juga acara karaoke. Menjelang larut malam pula diadakan acara Mukun atau Bergendang..Acara ini sangat popular pada ketika dahulu di mana tiga orang wanita pemukul gendang atau rempana sambil berpantun seloka, berbalas-balas dengan sesiapa sahaja yang berminat untuk berbalas pantun. Kaum Kedayan merujuk pantun sebagai pantun atau sabut-sabutan (walaupun kebanyakannya merujuk teka-teki)Si  penjual pantun pula akan menyampaikan pantun dengan intonasi dan suara mengikut rentak gendang yang dialunkan. 

Biasanya kaum wanita yang menjual pantun untuk dibalas oleh golongan lelaki, tidak kira tua mahupun muda. Begitupun lain pula halnya bagi pengantin, seluruh badannya akan disapu dengan dadak (bedak yang diperbuat daripada beras dan semua jari tangan dan kaki akan dipacari (inai).
 
Pada hari majlis perkahwinan diadakan jamuan makan kepada semua yang hadir dan yang dating pula akan membawa buah tangan untuk diberi kepada pihak pengantin. Mandi pengantin dilakukan dengan beradat sambil diiringi  dengan pukulan gulintangan dan rempana. Seperti juga dengan tradisi masyarakat Melayu, pengantin lelaki yang akan bertandang ke rumah pengantin perempuan akan diiringi oleh kumpulan rempana(kompang) dambil membawa bunga manggar. Pengantin lelaki ini akan ditunda (dipimpin) dengan menggunakan saputangan oleh seorang imam atau orang yang dianggap layak memimpinnya. Majlis bertimbang ( bersanding) dilakukan dari atas pelamin sehinggalah  ke luar rumah supaya yang hadir dapat menyaksikan kedua-dua pengantin tersebut. Pada malam itu pula pasangan pengantin ini dilarang tidur kerana dipercayai sesiapa yang tidur akan mati cepat. Selain itu acara maliwan (Pengantin lelaki akan membawa isteri bersama rombongan balik ke rumahnya) diadakan selepas tiga atau lima hari majlis perkahwinan. 

Adat Kenduri

Kenduri ialah majlis membaca doa dengan menjemput saudara mara dan jiran terdekat dan disajikan dengan jamuan makan selepas membaca doa. Kenduri yang biasanya dilakukan oleh masyarakat Kedayan ialah kenduri doa selamat bagi menyatakan maksud mensyukuri setelah mendapat sesuatu dan kenduri ini biasanya dibuat selepas mengatam padi. Begitu juga halnya dengan kenduri menyambut kelahiran bayi, kenduri gunting rambut bayi, kenduri selepas berkhatan dan kenduri doa arwah iaitu kenduri mengingati keluarga yang telah meninggal dunia. Selain itu ada juga sesetengah orang tua yang masih mempercayai kenduri membaca doa tolak bala kerana rumah dimasuki oleh binatang liar seperti ular dan biawak.

Adat kelahiran

Biasanya adat kelahiran ini adalah berpandukan kepada hukum dan syariat dalam Islam. Anak  yang baru dilahirkan akan dibangkan (diazankan) oleh bapa atau lelaki terdekat kepada anak berkenaan). Seterusnya akikah dilaksanakan sebagai perkara sunat mengikut Islam bagi anak yang  baru dilahirkan itu. Adat bercukur pula dilakukan apabila anak tersebut telah melangkui usia 1 bulan diadakan secara beramai-ramai dengan melagau (memanggil) saudara mara dan jiran terdekat . 

Adat ini biasanya diadakan bacaan berzanji, merhaban dan berselawat ke atas nabi sambil anak tersebut dipotong beberapa helai rambut dan ditabur beras kunyit dan direnjis dengan wangi-wangian. Adat kelambiji (bersunat) juga masih dilakukan sehingga ke hari ini. Majlis ini biasanya dilakukan selepas anak lelaki tersebut berkhatan. Majlis yang dilakukan sama seperti majlis cukur rambut.

Adat Kematian

Apabila seseorang itu telah menginggal dunia, beberapa kepercayaan dan telah menjadi amalan sunnah yang perlu dilaksanakan sebagai memenuhi tuntutan fardu kifayah. Ianya dilakukan adalah bagi mendoakan si mati semoga roh simati diampuni dosa dan sejahtera. Sebagai memenuhi tuntutan agama masyarakat Kedayan akan mengadakan majlis ini dengan menjemput saudara mara dan jiran untuk mengadakan sembahyang di rumah si mati selama tujuh hari berturut-turut. Selepas itu diadakan kenduri tiga hari diikuti Makan Tujuh hari (kenduri hari ke tujuh) dan kenduri makan empat puluh hari. Kenduri Jumat-jumatan (setiap malam Jumaat) juga diadakan sehingga empat puluh hari tadi.  Ini diikuti dengan kenduri  haul (ulang tahun kematian) yang akan diadakan pada setiap tahun bagi mengenang kemangkatan si mati. 

Kenduri arwah juga turut diadakan pada setiap tahun menjelangnya bulan Syaaban (taqwim Islam) dan biasanya selepas Nisfu Syaaban sebelum menjelangnya Bulan Ramadhan.

Pendidikan

Masyarakat Kedayan di Sabah menerima pendidikan formal dan pendidikan tidak formal. Pendidikan tidak formal dipelajari oleh kanak-kanak melalui keluarga atau masyarakat yang bertujuan memberi pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan. Pada peringkat ini kanak-kanak telah diajar cara-cara seperti memancing, memanja, berburu, bertukang, menyumpit,bersawah, dan berternak. Pendidikan ini bermula dengan mengajar  kanak-kanak mempelajari kemahiran ini bagi membolehkan mereka berdikari apabila dewasa kelak.

Atas kesedaran mengenai dengan kepentingan pendidikan bagi anak-anak, masyarakat Kedayan juga tidak ketinggalan bagi memberikan pendidikan yang tinggi kepada anak-anak mereka. Anak-anak telah dihantar ke sekolah bagi menimba ilmu pengetahuan yang amat berguna suatu masa kelas di samping dapat mengubah kehidupan mereka sebelum ini yang hanya mengharapkan kepada bercucuk tanam sahaja.
            

Pendidikan secara formal pula amat terhad dan hanya tertumpu pada pendidikan agama Islam seperti membaca al-Quran dan menulis jawi yang diadakan di surau, pondok, serta rumah guru agama. Begitupun pendidikan sekular tidak diabaikan dan menjadikan pendidikan ini sebagai wajib kepada anak-anak masyarakat Kedayan bagi menghadapi masa depan. Anak-anak masyarakat Kedayan mendapat pendidikan asas ini dengan belajar secara formal di sekolah-sekolah kerajaan dan swasta. Pada peringkat umur 3 hingga 6 tahun anak-anak ini telah menduduki sekolah di Taman Didikan Kanak-kanak ( TADIKA), Taman Bimbingan Kanak-kanak (TABIKA), Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) dan di sekolah-sekolah swasta.
          
Pada peringkat 7 hingga 12  tahun anak-anak masyarakat Kedayan menerima pendidikan di sekolah-sekolah kebangsaan dan sehinggalah ke sekolah menengah (13 hingga 17) tahun. Selain itu juga pendidikan masyarakat ini juga telah mendapat pendidikan sehingga mencapai ke peringkat ijazah.dengan mengikuti program pensiswazahan di universiti-universiti tempatan dan luar negara.  

Kepercayaan dan agama

Masyarakat etnik di Sabah pada peringkat awal adalah pagan dan mengamalkan kepercayaan animisme. Setiap etnik mempunyai nilai hidup yang berbeza antara satu sama lain. Pengaruh agama Islam pada abad ke-16 secara beransur-ansur telah membawa perubahan dalam kehidupan mereka dan nilai-nilai Islam telah diamalkan terutamanya di kalangan etnik Bajau dan Melayu-Brunei. Begitu juga bagi etnik Kedayan, Islam merupakan agama yang telah dianuti sejak turun-temurun. 


Kepercayaan dan pantang larang masyarakat Kedayan tidak banyak bezanya seperti masyarakat Melayu di Semenanjung dan di Sarawak.Begitu juga
seperti masyarakat Islam yang lain, kaum Kedayan juga menyambut hari raya Aidilfitri, hari raya Aidil adha, Maulud nabi s.a.w, Nisfu Syaaban dan Awal Muharram.


Ilmu batin orang Kedayan

Dalam kajian ini juga saya sempat merujuk kepada orang yang tahu tentang ilmu kebatinan orang Kadayan bahawa sebahagian dari ilmu kebatinan kaum ini adalah terpesong dari akidah kita sebagai umat Islam, terutama sekali yang menggunakan mentera. Begitupun  dalam kajian ini , ada juga terdapat ilmu kebatinan suku kaum Kadayan yang menggunakan ayat-ayat suci al-quran dan berlandaskan sepenuhnya kepada tatacara dan peradaban Islam, terutamanya dibidang perubatan tradisional.

Pada ketika dahulu ilmu kebatinan ini biasanya digunakan untuk ‘mencuba’  sesuatu kepada perkara atau perbuatan orang. Pada masa dahulu orang-orang tua ‘batupa’(berlawan;bersaing) ilmu batin ini, yang menunjukkan siapa yang lebih tinggi ilmunya.  Antaranya ilmu kebatinan yang digunakan apabila adanya majlis perkahwinan atau keramaian, ada di antaranya yang mencubu ilmu batin dalam masakan yang dimasak dalam majlis tersebut. Apa yang berlaku apabila mereka memasak sesuatu makanan(seperti daging) itu  tidak akan masak walaupun telah dimasak sehingga berjam-jam lamanya. Bahkan apabila menanak nasi dalam kawah juga tidak akan masak walaupun telah berbau hangit tetapi di atasnya masih juga beras.

Lain pula halnya dengan senapang tidak meletup apabila dipetik bucunya. Ini juga pernah berlaku pada ketika majlis perkahwinan, pengantin lelaki yang datang ke rumah pengantin perempuan akan disambut dengan letupan seperti mercun dan tembakan senapang. Ada di antaranya orang tua yang mempunyai ilmu batin in ‘mencuba’ ilmu batin mereka sehingga senapang itu tidak meletup atau berbunyi walaupun berulang kali di petik.

Selain itu ada juga ilmu batin orang Kedayan ini yang pandai bermain api yang boleh terbang pada waktu malam. Pada orang tua-tua jika ternampak api di atas pokok durian atau di udara, janganlah kita lihat atau tegur kerana ianya boleh membawa musibah kepada yang melawannya.

Ilmu Pantak[6] merupakan salah satu ilmu ghaib yang masih diamalkan dalam masyarakat Kedayan. Ianya lebih kepada ilmu yang menyebabkan seseorang itu akan sakit dan mungkin juga menemui ajal jika terkena ilmu pantak ini. Suatu ketika dahulu ilmu ini diamalkan oleh orang tua-tua dan ianya telah semakin pudar kerana pengamal ilmu ini telah meninggal dunia dan ianya bertentangan dengan ajaran Islam.
 
Ilmu Pugai sememangnya telah terkenal sejak zaman dahulu dalam masrayakat Kedayan. Biasanya ilmu ini seperti juga ilmu pukau yang menyebabkan seseorang anak dara itu terpikat kepada seorang lelaki yang ‘memugainya’. berkeinginan  untuk memperisterikannya.

Tapi oang Kadayan jangan dicabar pasal mahunja pasangan. Ada oang Kadayan yang pandai MUGAI. Aku nie tadangaa caita jua nganya, sama ada banaa atu inda, inda taku tahu, tapi PUGAI dikalangan masyarakat Kadayan mimang ujud. Sakuat-kuat PUGAI, caita oang patuhaan mulanya ialah bila bisia dapat MUGAI batu pangilingan lada bananang atas aing. Sandi tu PUGAI Kadayan. Bilakan dikia-kia, batu pangilingan lada atu baat, apa jua olahnya bananang kian. Amun batu pangilingan lada dapat bananang atas aing, apa lagi jalama. Sandi, sandi. Ani kan caita jua nganya. Aku inda ku balajaa ilmu PUGAI.[7]

Selain itu  terdapat juga kepercayaan tentang burung yang membawa pelbagai khabar yang tidak baik akan berlakunya sesuatu yang buruk di komuniti tersebut masih lagi dipercayai.

Kalau nya kadayan di Brunei Darussalam burung Bugang anitah yang suka membawa khabar inda baik bila ia berbunyi siring rumah diwaktu malam. Kunonnya ada adatah orang kan Nuhon atau sakit kuat sebagai tanda tanda orang hampir siring rumah kan Nuhon. Kepercayaan ini masih dipercayai oleh orang tuha tuha kitani di Brunei Darussalam yang lahir sebelum tahun 70an.Tetapi generasi muda kitani inda ingau lagi pasal bunyian bunyian burung burung membawa khabar ani. Kerana agama kitani Islam sudah kuat berkembang.

Begitu jua ceritanya dengan burung Tuit-tuit bila berbunyi dan lacus lacus terabang barang kepala. Apalagi bila masa menyiut Mengkutut/Bangkutut (udang air tawar) lakas lakastah mulih ketungkalan takut ada yang kan Nuhon dikampung. Bugang jua mun ia hinggap di Bubung rumah masyarakat kitani dahulu lakas lakas makan doa selamat tolak bala ditakuti mati serumah. Begitulah sedikit ceritanya ditempat kami di Negara Brunei Darussalam yang ada masih mempercayainya.[8]
 
Kepercayaan lain pula, masyarakat Kedayaan juga percaya sebelum bertolak meninggalkan rumah untuk pergi ke suatu tempat yang jauh. Jika sekiranya ada kucing melintas di hadapan atau kedengaran bunyi burung gagak sebelum kita berangkat, hendaklah kiuta membatalkan pemergian tersebut kerana bimbang akan berlakunya sesuatu yang tidak baik ke atas kita atau keluarga kita. Petanda ini masih lagi dipercayai oleh masyarakat di kampung sehingga hari ini.

Masakan dan kuih tradisional

Dari sudut makanan pula,tradisi berzaman masyarakat Kedayan ialah masakan Daging Rebus Kedayan, Ayam masak Kedayan, Pais ikan, Salai Berubut, Sambal Tahai, Tarap muda masak lemak, Nasi Kebuli, dan banyak lagi. Masakan-masakan ini merupakan masakan asli dan agak berbeza daripada masakan masyarakat Melayu yang lain walaupun ianya menggunakan bahan dan resepi yang hampir serupa. Selain itu terdapat juga masakan dari tumbuhan hutan yang dimasak seperti humbut hanibung (umbut nibung) atau humbut piasau(kelapa) yang disapak (digaul) dengan ikan masin begitu menyelerakan semasa makan tangah hari.Begitu juga halnya dengan kuih-kuih tradisional orang Kedayan lebih popular dengan bingka dadak kubal chacha, gatas, wajik, kuripit ubi kayu, kelupis, pinyaram, kuih cincin, bahaulu, sasagun,  dan jelurut.

durian, tarap

Kesenian.
Masyarakat Sabah sememangnya terkenal sebagai salah satu etnik yang kaya dengan seni budaya yang tersendiri. Antara seni budaya masyarakat Kedayan Sabah ialah tarian, muzik, kraf tangan, anyaman, pertahanan diri, pertukangan, ukiran, dan binaan.

Anding ialah satu-satunya tarian tradisi kaum Kedayan yang sehingga kini masih lagi  diwarisi dan dipersembahkan. Tidak mempunyai makna khusus pada perkataan anding, namun tarian ini agak popular dalam era 50-an. Dua Kampung yang terkenal dan masih lagi mewarisi tarian Anding ini ialah Kampung Ulu Sipitang dan Kampung Luagan di daerah Sipitang.  Beberapa tahun lepas tarian ini telah diangkat semula untuk diketengahkan bagi generasi muda mempelajarinya melalui Persatuan Kedayan Sabah.

Bagi irama lagu, kaum Kedayan ini juga mempunyai lagu-lagu tersendiri yang dinyanyikan oleh penyanyi kaum Kedayan dengan menggunakan bahasa Kedayan seperti  Baju Kabaya, Baju Kuung, Cam Cambi, Daun Sadaman, Hujan Baai-Baai, dan Papan Manjungkat[9]. Selain itu juga masyarakat Kedayan  ini terkenal dengan nyanyian lagu nasyid, bergambus, tarian zapin dan joget.

Gambus merupakan antara alat muzik tradisional yang kian popular di kalangan suku kaum Kedayan. Pada kebiasaanya gambus ini dimainkan semasa majlis keramaian seperti perkahwinan dan juga menyambut tetamu yang terhormat.

Bahan untuk membuat  gambus biasanya pembuat gambus akan memilih dan  mengambil kayu yang sesuai seperti  kayu Santul, kayu Bulayon, dan kayu Limpadok (Bahasa Kedayan) . Jenis kayu ini sangat sesuai dan ia sudah teruji sebagai kayu yang sangat sesuai untuk membuat gambus.

Cerita gambus ini dipercayai berasal daripada sepasang suami isteri, di mana kedua-dua pasangan ini tidak sehaluan kerana dipaksa berkahwin, terutama si suami. Bagi si isteri pula amat sayang dengan suaminya sehingga di mana saja suaminya pergi si isteri ikut sama. Dengan kasih sayang yang ditunjukkan oleh si isteri terhadap suaminya, setiap kali tidur si isteri memeluk suaminya kerana takut ditinggalkan. Bagaimanapun perbuatan si isteri itu hanya sia-sia sahaja, kerana apabila si isteri sedar dari tidur keesokan paginya dia bukan pula memeluk suaminya, tetapi memeluk sebatang kayu.

Oleh kerana cinta kasihnya terhadap suaminya, maka si isteri telah mengukir kayu tersebut serupa bentuk badan suaminya dan telah dinamakan gambus. Ekoran dari itu, gambus hingga kini menjadi kebanggan dan muzik yang popular, khususnya di kalangan suku kaum Kedayan di Kampung Lingkungan Weston, Beaufort, Sabah
.
[10]


Masyarakat Kedayan ini mempunyai banyak permainan tradisi seperti bermain kuhit iaitu sejenis permainan menggunakan tempurung kelapa yang ditebuk ditengah-tengah dan dimainkan secara menggolek dengan menggunakan dua belah kaki. Permainan ayng lebih popular pula ialah permainan gasing. Permainan ini menjadi permainan tradisi yang dimainkan secara rasmi pada setiap tahun di Sipitang Sabah. 

Kraftangan yang lain ialah pembuatan kikik (layang-layang) , bagalau


Hasil pertukangan kayu orang Kedayan ialah keupayaan mereka membuat gubang (sejenis sampan), perahu nelayan, alat membajak sawah dan banyak lagi ukiran kayu yang kreatif. Kraftangan kayu yang lain terdapat juga berberapa hasil rekabentuk seperti  rempana (rebana;kompang), dan baduk. Selain itu juga terdapat beberapa hasil ukiran tangan pada barang-barang kemas dan tembaga. Begitu juga dengan ukiran pada senjata seperti  keris yang mempunyai daya kreativiti asli masyarakat Kedayan.

Kraftangan lain yang juga dihasilkan oleh masyarakat ini ialah seperti anyaman peralatan kegunaan dapur seperti   membuat nyiru dan ayagan (alat untuk mengayak beras dan padi), bubu dan siyut (alat dibuat daripada buluh untuk menangkap ikan), belatak dan talaya.

Bentuk binaan rumah kaum Kedayan  dipengaruhi oleh masyarakat Melayu Brunei dan kebudayaan setempat. Biasanya rumah masyarakat ini berkonsepkan rumah balah bubung (belah bumbung). Ianya terbahagi kepada tiga bahagian iaitu pantaran (luar rumah), langgar (ruang tamu) dan dapur. Begitu pun rumah Kedayan tradisional begitu ringkas, bertiangkan kayu yang ala kadar besarnya, berlantaikan buluh, beratapkan daun nipah, untuk mencantum dari tiang ke atap, tiada sebilah paku yang digunakan, semuanya menggunakan lilitan dan ikatan rotan mahupun akar. Antara jenis ikatan yang digunakan ialah ikatan angit, ikatan tindih, ikatan tapak pelanduk dan ikatan genggam ambuk.

Nama-nama  lantai dan rangka rumah hingga ke atap antaranya; sangka(r) tiang belakang, sangka(r) tap balaai, suga-suga, kasau, tetaban, penyucuk, gelagaa(r) laas, bumbung dan atap.

Bagi kebanyakan alat muzik masyarakat bumiputera Sabah pula diperbuat daripada buluh. Terdapat pelbagai jenis alat muzik yang dicipta.Penciptaan alat muzik ini menunjukkan masyarakat Sabah mempunyai kemahiran dan keunikannya yang tersendiri.

Bagi masyarakat Kedayan, Kulintangan Kayu Sadaman ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular. Biasanya  kulintangan ini dimainkan oleh tiga atau empat orang pemain, dan dimainkan semasa majlis perkahwinan, menyambut tetamu, dan juga majlis keramaian suku kaum Kedayan.  Alat muzik ini pada keseluruhannya diperbuat sepenuhnya daripada kayu Sadaman.[11]

Dari sudut pertahanan diri, kaum Kedayan juga turut mewarisi seni persilatan.

Pakaian tradisi Kedayan

Walaupun pengaruh Melayu-Brunei begitu sinonim dalam kehidupan masyarakat Kedayan namun begitu Kedayan ini juga mempunyai warisan pakaian tradisi mereka iaitu Baju Butang Tipai bagi kaum lelaki dan juga Baju Bersuja Berkubamban untuk perempuan.

Bahasa

Etnik  di Sabah menggunakan lebih daripada 50 bahasa, yang dituturkan sekurang-kurang lebih daripada 80 dialek[12].Bahasa Kedayan merupakan satu-satunya bahasa yang berbeza dari rumpun bangsa Melayu . Perbezaan yang ketara yang terdapat pada bahasa Kedayan dengan bahasa Melayu ini ialah dari segi bilangan huruf abjad. Abjad bahasa Kedayan hanya terdiri daripada 18 huruf, iaitu terdapat hanya 3 huruf vokal iaitu a, i, dan u; manakala hanya 15 huruf konsonan, iaitu b, c, d, g, h, j, k, l, m, n, p, s, t, w, dan y.

Bahasa ibunda yang menjadi tradisi kaum ini, vokal o dan e hampir tidak wujud dalam perbendaharaan kata bahasa Kedayan. Umpamanya:

  • besar = basaa
  • otak = utak
  • kota = kuta.
Vokal o hanya wujud sebagai gandingan kepada konsonan r, umpamanya taloo untuk 'telur', dengan o berfungsi sebagai konsonan gantian. Konsonan bahasa Melayu yang tidak digunakan dalam bahasa Kedayan ialah f, q, r, v, z ( x tidak wujud dalam abjad bahasa Melayu). Bagaimanapun, ketinggalan konsonan r merupakan satu huruf paling nyata. Bergantung kepada bunyi dan gandingan huruf, perkataan bahasa Kedayan akan berbunyi seperti berikut:

  • r = aa; umpamanya besar = basaa
  • r = ii; pandir = pandii
  • r = oo atau r = uu; telur = taloo atau taluu
  • r = ing
  • air = aing.
Kecuali ketika mengikut dasar sistem ejaan bahasa Melayu yang menetapkan bahawa semua perkataan pinjaman perlu sedapat-dapatnya mengekalkan bunyinya, bahasa Kedayan hanya dapat menggunakan 18 huruf yang tersebut.

Dialek Melayu Kedayan pula dianggap sebagai salah satu dialek atau bahasa minoriti di negara ini. Hal ini  berlaku kerana masyarakat Kedayan akan menggunakan bahasa Melayu Brunei ketika berkomunikasi. Ini diperkuatkan lagi apabila puak ini bertembung dengan etnik-etnik atau puak-puak yang lain yang terdapat di negara ini, Dialek Kedayan dalam penggunaan kata sapaannya untuk berkomunikasi ataupun berinteraksi, dalam setiap bahasa sememangnya telah menentukan norma dan juga sistem atau aturan sosial mereka. 

Penggunaan sistem sapaan ini merupakan salah satu cara bagi menghormati seseorang di samping bagi mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dan sebagai menghormati orang ydang disapa Salah satu contoh adalah kata ‘biskita’ atau ‘kita’ (awak) digunakan apabila bertemu dengan seseorang yang lebih tua daripada penutur. Sapaan ‘kawu” (kau)  pula biasanya digunakan kepada rakan penutur yang seusia atau yang lebih muda daripada penutur.

Bahasa Kedayan                                     Bahasa Melayu

Abak-abak                                                   berdebar-debar

Abal-abal                                                     Meniarap

Agatah                                                         Pergi

Aing                                                             Air

Ambulong                                                   Sagu

Ambuyat                                                     Makanan daripada sago

Andang                                                       Kekal

Ani                                                              Ini

Antap                                                          terlampau; terlalu

Atu                                                              Itu

Awu                                                            Ya

Babal                                                         Bodoh

Bagas                                                        Bekas

Baibun                                                       Bergurau

Bajaur                                                        Merayau

Bakamih                                                    Kencing

Bangas                                                      Basi

Bapadah                                                    Berkata

Bapanyap                                                  Berkemas

Basaa                                                        Besar

Batah                                                         Lambat

Batis                                                          Betis

Belurih                                                       mendapat hasil

Belusir                                                       Berlari

Berinut                                                       berjalan lambat

Beriya                                                        Berak

Betinting                                                    berjalan ketinting

Bida                                                           Hodoh

Bini -bini                                                     perempuan

Bisai                                                           cantik ; lawa

Bisdurang                                                  Mereka

Bubus                                                        Bocor

Damit                                                         Kecil

Dandam                                                     rindu ; dendam

Dangani                                                    Temankan

Gauk                                                          Nakal

Gigiran  , bibiran                                        Melatah

Giuk                                                           Ulat

Gulaian                                                      Sayur

Hambat                                                      pukul ; rotan

Hantap

Hindik                                                        Tending

Hulun                                                         Suruhan

Ikung                                                          ekor

Inda                                                           Tidak

Jalama                                                       Manusia

Kadikamu                                                  Kamu

Karau                                                         Keras

Kawu                                                          kamu ; kau ; awak

Kediaku                                                      Aku

Kurapak                                                     Cakap

Lacah                                                         Lantai basah

Lagat                                                         Kotoran degil

Lagau                                                         Panggil

Lai                                                               kata manja

Lampong                                                    Lampu

Lidut                                                           lambat

Luan                                                           Selalu

Malamaie                                                    Senja; petang

Malimpang                                                  Baring

Mengujar                                                     Mencari

Miani                                                            Begini

Miatu                                                            Begitu

Mua                                                              Muka

Ngalih                                                           Penat

Ngam                                                           Betul

Nuun                                                            Berjalan ; meninggal dunia

Patuha                                                         Datuk

Pabinian                                                      Isteri

Palakian                                                      Suami

Pulak                                                           patah

Salajur                                                         terus; sekaligus

Sepanggal                                                  Sepotong

Ucapnya                                                      Katanya

Unjar                                                            Cari

Keistimewaan dan keunikan Kedayan

Keistimewaan yang lazim tertonjol dalam aspek kebudayaan itu dapat dikesan menerusi seni budaya rakyat atau folklore. Menurut James Danandjaya (1984:21) pengertian folklor agak luas, merangkumi folkor lisan, sebahagian lisan dan folklor bukan lisan. Dengan demikian, kepelbagaian folklor Sabah banyak dipengaruhi oleh petempatan penduduk disebabkan landskap geografi Sabah yang bergunung ganang dan dikelilingi laut mewujudkan masyarakat yang heterogen, bervariasi bukan sahaja daripada aspek fizikal malah turut diperlihatkan perbezaan daripada aspek pancaran sosiobudayanya.

Sistem  sosial masyarakat Kedayan merupakan antara keisitimewaan kaum ini dengan wujudnya sikap saling batulong-tulongan (bekerjasama) atau mamucang  (bekerjasama melakukan suatu perkara). Perkara-perkara yang dialkukan secara mamucang ialah membina rumah, membina masjid atau surau, balai raya, sekolah dan membersihkan kawasan kampung. 
Apabila mengadakan kenduri, masyarakat ini biasanya mengamalkan budaya kekitaan dengan menjemput  jiran dan saudara mara untuk sama-sama memeriahkan majlis tersebut. Begitu juga apabila berlaku sebarang kesusahansaudara dan jiran tetangga akan dapat untuk memberi pertolongan. 

Keunikan kaum Kedayan ini juga bersifat  pemurah dan suka bersedekah.

‘Kedayan baaniaga macamani. Bajual tia pakis, kana bali sainggit, disadakahinya saikat labih. Dangan mbali buah di kabunnya, disuuhnya makan puas puas, mbali sepalastik nganya. Babuu tia ka hutan, luih payau dibahigii nya jan oang kampong[13].( Orang Kedayan ini berniaga dengan cara begini. Menjual sayur pakis seikat seringgit. apabila dibeli dia memberi  pula sedekah seikat kepada pembeli. Apabila ada orang membeli buah-buahan di dusunnya, pembeli itu disuruhnya makan puas-puas, walhal pembeli hanya membeli seplastik buah. Begitu juga apabila dia pergi ke hutan mendapat seekor rusa, seluruh masyarakat kampung tersebut akan diberi dan merasa daging rusa tersebut).
 
Keistimewaan lain yang menjadi tradisi masyarakat ini juga ialah dalam permainan gasing. Bagi masyarakat Kedayan di Sabah,  gasing merupakan permainan tradisi yang diwarisi sejak zaman dahulu. 

”Gasing satu permainan rakyat cukup sinonim dengan Daerah Sipitang. Persatuan Gasing Sipitang adalah  persatuan terawal ditubuhkan di Sabah dan satu-satunya persatuan berdaftar yang wujud  di negeri ini sehingga kini. Ahli Persatuan Gasing Sipitang telah memenangi beberapa kejohanan gasing jemputan dan peringkat kebangsaan.” [14]

Permainan tradisi gasing kedayan adalah terbahagi kepada dua, iaitu peringkat baatas (baaja - individu) dan baumbuk (berpasukan, bergu). Gasing dimainkan dan tergolong sebagai permainan set; tetapi tidak melibatkan ‘body

contact’ antara pasukan pemain.Suatu pasukan di dalam permainan gasing tradisi Kedayan dipanggil ‘umbuk’. Tiada had tertentu untuk setiap umbuk.  Adakalanya saumbuk kumpulan ngayau dan bertahan (tetamu dan tuan rumah) mengandungi 10 orang setiap satunya. Namun, biasanya setiap pasukan adalah mengandungi antara 5 & ndash; 6 orang pemain. 

ermainan ini dimulakan dengan proses guau (legai uri). Guau merupakan proses bertanding gasing siapa yang paling lama, paling tahan berpusing – paling tahan kadaa. Guau Ia merupakan pertandingan madami. Pertama, gasing akan dipusing menggunakan tali, kemudian disiut dan disimpan di atas cermin demi menjamin pusingan yang lancar dan bertahan lama – tahan kadaa. Permainan ini memerlukan kemahiran yang tinggi. Pemain akan nanai (menatang) cermin dan mempastikan pusingan gasing akan berterusan sehingga ke peringkat ia elintuk akibat daya pusingan semakin habis. Bagi pemain yang mahir, proses ini dipanggil liuk. Liuk boleh berpanjangan dan membentuk masa tambahan dari 1 – 10 minit sebelum gasing langsung berhenti bergerak sepenuhnya.

Selain itu amalan pengubatan berturun telah diwarisi sejak turun temurun oleh kalangan masyarakat Kedayan adalah berbeza dengan kaum yang lain. Namun demikian amalan berturun ini tidak lagi digunakan kerana bercanggah dengan hukum Islam .


Suatu ketika dahulu amalan berturun dijadikan salah satu cara pengubatan untuk menghalau pelbagai jenis penyakit . Untuk memulakan amalan berturun ini seorang bomoh akan menggunakan mayang buah kelapa sebagai peralatan wajib semasa berturun . sementara itu asap kemenyan akan dibakar dan permainan muzik tradisional akan dimulakan dengan irama gambus rebana dan gulingtangan . seorang dari anggota penurunan akan menyanyikan senikata lagu seperti berikut;

ANDING DIDA.... KUDIDA ANDING .....
ANDING DIDA... , MALAI, MALAIKU... SAYANG
MINTA MAAF BISKITA SEMUA....
ANDING DIDA TUMPANG BERMAIAN
[15]


Seterusnya Bomoh tersebut akan terus menghempas -hempaskan secara perlahan mayang kelapa ke badan pesakit. Ternampak pada aksi Pak Bomoh berada dalam haus dan dahaga yang akhirnya akan meminum dan malahap makanan dangan penuh rakus dan kelaparan .

Selain daripada terkenal dengan tarian Anding dan permainan muzik kayu Sadaman, Kaum Kedayan ini juga sangat cekap menangkap burung. Kecekapan menangkap burung ini dalam bahasa orang Kedayan disebut dalam dialek mereka sendiri  ialah 'melagau' bermaksud 'memanggil'.
.
Seorang penangkap burung, Shunie Adi, 50 yang berasal dari kampung Sungai Bubus, kira-kira 6.5 km dari pekan Sipitang, menjelaskan untuk 'melagau' burung dia perlu membina sebuah rumah kecil yang dinamakan 'bumbun'.


Bumbun ini diperbuat daripada anak-anak kayu sebanyak tujuh batang yang lurus dan ditutup dengan daun-daun. Bumbun ini boleh menempatkan satu atau dua orang di dalam dan jika dilihat dari luar, burung yang di 'lagau' (dipanggil) tidak akan sedar ada sesiapa di dalam 'bumbun' itu. Di depan, lubang kecil 'bumbun' ini dibuat satu tapak seperti padang kecil tempat burung-burung punai hinggap. Tapak mini jaraknya tujuh tapak kaki dari 'bumbun' dan tujuh tapak kaki lebar orang dewasa yang dibersihkan. Semasa memanggil burung, tapah ini ditabur makanan seperti padi atau jagung.
.
Satu alat khas yang dipanggil 'dukut' diperbuat daripada bambu nipis yang ukur lilit bulatannya 4 sm dan 98 sm panjang dan hujungnya disambung dengan buluh nipis berbentuk seperti alat muzik. Alat ini ditiup dari dalam bumbun yang mengeluarkan bunyi seperti burung punai tanah iaitu 'poo'. Ia ditiup tujuh kali berselang seli. Bunyi dukut itu akan menjadi tarikan burung yang ada di sekitarnya.

Sebelum 'melagau' dilakukan, terlebih dahulu 'mantera' dibaca dan beberapa petua dilakukan sebanyak tujuh kali, mengambil tujuh helai daun kayu yang tumbuh dari arah depan bumbun bertujuan memanggil semangat burung itu dan tapak di mana burung itu turun juga ditanam 'benda' yang boleh menarik perhatian burung supaya datang ke tempat tersebut.Mentera juga digunakan untuk menarik perhatian burung yang hendak dipikat.
.
Beberapa 'gerakan' seperti memusing-musing dukut sebanyak tujuh kali akan dilakukan oleh si pemanggil di depan bumbun sebelum ‘melagau’. Begitupun jika silap melagau lain yang akan datang. 'Orang halus' yang menyerupai binatang atau perempuan yang akan dating.
.
Dalam pada itu, burung-burung yang mendengar bunyi dukut itu akan menjadi jinak seperti 'dipukau'.Burung itu kemudiannya juga akan ditangkap dengan menggunakan tangan.


Burung-burung yang telah ditangkap akan diikat leher dan  dimasukkan ke dalam kurungan khas. Selain itu dipercayai juga kekuatan mantera boleh menarik perhatian binatang lain seperti pelanduk, kijang atau payau (rusa).
.

Rujukan

Harian Ekspres, 7 April 2009
http://bruneisabah.org/komuniti_kraftangan.html
Bibliography Amde, S. (Ed.). (2007). The Mystic of Borneo Kadayan. Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia: Borneo Publisher.
Masakan Brunei. (1990). Brunei Darusalam: Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei Darusalam.
Nik Safiah, K. (Ed.). (1981). Beberapa Persoalan Sosiolinguirtik Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

[1] http://eyamkedayan.blogspot.com/2008/05/asal-usul-kedayan.html

[2] Harrison & Harrison,1970

[3] En. Low Kok On, BA., MA. (USM)2000, Pensyarah Sastera Rakyat.

[4] A.R.Maxwell Jr.research for PhD(Yale University) on linguistic of Kadayan in Brunei

[5] Amde Sidik ,The Mystic of Borneo Kedayan,Kota Kinabalu: Borneo Publishers,2007.

[6]www.kadayanuniverse.com,column about Kadayan

[7] /index.html

[8] http://kadayanuniverse.com/content/view/793/2/

[9]  Ibharim Hj Diman, http://itsurday.blogspot.com/search/label/Kedayan%20Songs

[10]Encik Satia Janudin,  Kampung Lingkungan Weston, Beaufort, Sabah,

[11] http://www.gatasipitang.gov.my/budayasipitang.htm

[12] http://donlokns.blogspot.com/2008/09/folkor-sabah_29.html

[13] Encik Jumat

[14] http://www.gatasipitang.gov.my/mengenaigata.htm

[15]Tuan Hj Othman Matussin 89 Tahun http://beaufort.bdd.org.my/BETURUN,

PERMASALAHAN BERKAITAN SISTEM EJAAN DIALEK KEDAYAN / KADAYAN

Writer : A.S. Kasah

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih saya kepada Sdra Amde Sidek yang telah membangkitkan isu berkaitan sistem ejaan dialek Kedayan / Kadayan yang saya gunakan di dalam Blog ini. Yang sebenarnya saya sendiri tidak mempunyai sistem ejaan apabila menulis di dalam dialek Kedayan / Kadayan. Apa yang saya tulis adalah 100% berpandukan kepada fonetik (bunyi) dialek Kedayan / Kedayan yang saya tutur dan fahami sejak saya kecil dahulu.

Pengamatan saya tentang dialek ini, dan saya pasti Sdra Amde, Tuan Hj Ramlee, Sdra Mahmud Osman dan aktivis- aktivis Kedayan / Kadayan yang lain telah sedia maklum bahawa ciri-ciri dialek Kedayan / Kadayan adalah seperti berikut: -

• Di dalam pertuturan dialek ini, konsonant “r” seolah-olah tidak ujud kecuali pada perkataan-perkataan baru yang dipinjam dari Bahasa Melayu yang mungkin tidak terdapat di dalam dialek Kedayan / Kadayan. Contohnya,

Kari ayam – Jarang disebut Kaie hayam
Tan Sri – Jarang disebut Tan Saie
Lori – Jarang disebut Loie

Perhatikan perkataan-perkataan Bahasa Melayu seperti berikut dimana konsonan “r” hilang dari fonetik dialek Kedayan / Kadayan.

Konsonan “r” di permulaan perkataan

Ratus – atus
Rasa - asa
Raya – aya
Rebung – abung
Rotan – autan
Rabun – abun
Roti – oti
Rumah – umah

Konsonan “r” di penghujung perkataan

Hantar – Hantaa
Benar – banaa
Keluar – kaluaa
Seluar – saluaa
Kembar - kambaa

Konsonan “r” di pertengahan perkataan

Baru – bahaau
Kereta – kaita, kuita
Sarah – Saah (nama khas)
Kerbau – Kaabau
Kelmarin – Kalamaie

Dan banyak lagi contoh-contoh asas yang kita sedia maklum.

• Ciri dialek Kedayan / Kadayan yang kedua ialah berkaitan vokal (vowel) “a, e, i, o, dan u”.
Daripada lima vokal Bahasa Inggeris seperti di atas, satu daripadanya tidak sering malah saya boleh katakan tidak digunakan di dalam dialek Kedayan / Kadayan pada permulaan suku kata, ia itu vokal “e” atau dulu kita gelar “e pepet” contohnya adalah seperti perkataan-perkataan berikut: -

Kerbau – kaabau
Kereta – kaita, kuita
Serai – saai
Berat – baat
Cerai – caai
Perak – piak (elemen)
Emas – amas (ada dua makna)
Kembar – kambaa

“Kehilangan” vokal “e” dari dialek Kedayan / Kadayan merupakan ciri-ciri yang dikongsi bersama oleh sebahagian besar dari dialek-dialek lain di Negeri Sabah. Malah di dalam pertuturan Bahasa Sabah juga sering kita dengar ciri seperti ini digunakan.

Saya juga telah membuat pengamatan terhadap dialek Minangkabau, yang dituturkan secara meluas di Negeri Sembilan melalui sahabat-sahabat saya yang berketurunan Minang. Mereka sendiri mengakui bahawa ciri kehilangan vokal “e” di sukukata pertama juga ujud di dalam dialek Minangkabau. Contohnya: -

kerana disebut karana
pedas disebut padas
bercerai disebut bacarai
berpisah disebut bapisah

Sila lihat dan amati lirik lagu Minang yang saya kepilkan di dalam video clips.

Secara dasarnya ciri-ciri yang disebutkan diatas merupakan satu “finger print” atau “trade mark” dialek Kedayan / Kadayan samada di Negara Brunei atau Sarawak. Pada bulan Januari, 2007, ia itu awal tahun ini saya berkesempatan melawat kampung-kampung Kedayan / Kadayan di Bekenu dan Sibuti, Sarawak.

Pada awalnya saya bimbang dan rasa ragu-ragu hendak bertutur di dalam dialek Kedayan / Kadayan, kalau-kalau pertuturan saya itu agak janggal pada pendengaran mereka. Namun saya gagahkan juga untuk bertutur di dalam dialek ibunda saya. Terasa lapang dada saya apabila mereka menjawap pertuturan saya di dalam bunyi dan lingo yang sama. Tidak ada apa-apa perbezaan langsung diantara dialek Kedayan / Kadayan Bekenu / Sibuti dengan dialek kita di Sabah.

Di dalam ulasan yang singkat ini saya ingin mengutarakan permasalahan-permasalahan yang saya sendiri hadapi dan tidak berapa pasti didalam ejaan fonetik dialek Kedayan / Kadayan. Permasalahan ini sering saya hadapi di dalam “sukukata akhir” seperti contoh-contoh berikut: -

Kumpulan 1

Hari – Aie atau Aii atau Ai
Kelmarin – kalamaie atau kalamaii atau kalamai
Sekejap tadi - Antaie atau antaii atau antai
Ikan Pari – paie atau paii atai pai

Kumpulan 2

Hantar – Hantaa atau hanta
Benar – banaa atau bana
Keluar – kaluaa atau kalua
Seluar – saluaa atau salua
Kembar – kambaa atau kamba

Dan banyak lagi contoh yang kita sedia maklum. Apabila kita amati secara halus, dialek Kedayan /Kadayan mempunyai banyak ungkapan-ungkapan yang “putus bersambung” seperti contoh-contoh di atas, sedangkan di dalam Bahasa Melayu sukukata-sukukata yang fonetiknya seperti itu adalah amat sedikit. Yang kita sering gunakan ialah perkataan seperti berikut: -

Rai atau meraikan bermakna menjamu (untuk memuliakan, menghormati). “Rai” tidak ditulis “raie atau raii”, sedangkan fonetiknya adalah berbeza daripada ejaannya. Mungkin kita boleh berpandu kepada perkataan ini untuk menyelesaikan permasalahan di atas.

Sebagai langkah permulaan saya syorkan kepada para aktivis dialek Kedayan / Kadayan supaya kita dapat mengujudkan satu SISTEM EJAAN YANG STANDARD yang boleh digunakan didalam penulisan dialek Kedayan / Kadayan.

Sekian buat kali ini. Terima kasih.

WHERE DO THE KADAYANS STAND IN HARI GAWAI & TADAU KAAMATAN?

Writer : A.S. Kasah

I just want to take all the readers down memory lane of what I can recall how meaningful the paddy planting was to the Kadayan community. As most of us know, that the Kadayans are extremely good in planting "hill paddy" or padi bukit or padi huma. Personally, I consider the Kadayan community is the most spiritual, dedicated and meticulous about paddy planting. The following work process, as we call it in modern times is the testimony of the above statement.


NATAKI (sounds very Japanese but it's Kadayan) - Nataki is a ritual perform to to keep away OANG HALUS (Jin, iblis and shaitan) from the area intended to be used as padi cultivation. NATAKI is conducted by a very special person (usually elderly person), highly knowledgeable and spiritually competent. Adherence to the code is of paramount importance to the Kadayans then, otherwise things wouldn't go smooth as required.

NYUUKI (again sounds very Japanese) - Nyuuki is very much equivalent to what we call in modern days as "Initial Survey". Nyuuki used to be conducted by a group of people to determine the boundary and area to be utilised for planting paddy.

MAIMBA - Maimba is a process to clear the jungle. Cutting down trees and clearing bushes. In the old days MAIMBA was done without the aid of machinery. The only tools used are "maang and kapak".

NUNU TABASAN - Upon the completion of MAIMBA, the area is left for weeks to ensure the tree leaves, branches and trunks are dried and only after that NUNU TABASAN is performed. A clearance of about 2 - 3 feet (KAKAI) from the neighbouring area is required to avoid "api malaat" to the surrounding areas. The clearance acts as "fire barrier/breaks". Nunu Tabasan is performed by a spiritually competent person supported by family and friends of the tabasan owner.

One interesting point to observe during the nunu tabasan is that, it is more often than not that the fire barrier/breaks (INDA PAYAH DIKAKAI) are NOT required. The spiritually competent person who initiates the ritual of nunu tabasan would be able to control the fire to burn within the confined area ONLY. That's something ha... This is the truth and can be verified from Kadayan elders in Sarawak, Sabah and Brunei.

Not only the ability to control the blazing fire, but more amazing things during nunu tabasan will be happening!! Guess what? The Kadayans also has the ability to SHAPE the clouds resulting from thick smoke from the blazing fire. The shaping of such clouds is called "PUNGGUAN". In the olden days nunu tabasan is sometimes regarded as a fiesta where a competition is held amongst the tabasan owners to choose the "best shaped PUNGGUAN".

To shape the cloud of smoke to the required shape and eventually winning the competition is indeed NOT an easy task. BUT the Kedayans can. Just incredible!! Ripley's Believe it or not.

NUGAL - The burnt tabasan is left for a few days to cool off before NUGAL is performed. Nugal is a process of creating small holes on the tabasan/earth to facilitate the planting of paddy grains. It is normally done by women and in some cases the men do the earth pounding jobs and the women will put the paddy grains in the hole created by the pounding process. Earth pounding is done using a small tree trunk with sharpen end called "PANUGAL". The panugal is about an adult Kadayan man's height approximately 5 - 5.5 feet.

The distance between one hole to another is done by approximation (enough space for the paddy plant to grow to maximum size - both upwards and sideways.) and the number of paddy seeds poured into the hole is about 4 - 7 grains.

Another interesting Kadayan culture/tradition is the team spirit to perform labourious tasks like nugal for example. In many instances nugal is performed through a team effort called "MUCHANG". When a MUCHANG is annouced by the tabasan owner, all the village folks will assemble at the tabasan early in the morining with their own panugal and small baskets to keep the paddy seeds. Muchang is usually perform very early in the morning to avoid the blazing heat from the sun.

MAUMPUT - As the paddy grows so are the grasses. Maumput is simply the act of clearing grasses and weeds that will hamper the growth of the paddy plants.

NGATAM - Watching the paddy plants grow from seedlings to "padi batian, padi manguning and eventually ngatam and maladun" is indeed a wonderful sight! I really missed the smell of fresh air at the paddy field, particularly the aromatic smell blown by the early morning breeze. Ngatam is a process of cutting the paddy stalks (tangkai padi) with a sharp object like pisau lipat for example. In order for ngatam to be completed in time, muchang is usually held amongst the Kadayan community,

Ngatam is usually performs by both men and women at early part of the day and late afternoon to avoid the blazing sun.

Glossary of Padi Kadayan: -

PISAU LIPAT or other sharp objects – used during NGATAM to cut paddy stalks


BASUNG - A special basket made from BAMBAN and AUTAN to keep the paddy during ngatam. If my memory serves me right a string made from KULIT TIMBAAN is used to tie the basket and worn at the left or right side of the waist. Freshly cut rice grains are keep inside the basung.


TAKIDING - There are two types of TAKIDING commonly used by the Kadayans viz TAKIDING BASAA and TAKIDING DAMIT. In most cases takiding basaa is used to bring the paddy grains from the field to their house or sometimes they will store the grains in a temporary DUONG built at the tabasan.


SIAWUUNG - A head gear usually worn by women to protect themselves from the blazing sunlight.


MALADUN - Maladun is a verb from the word LADUN. Ladun is simply the rice grains which are still green during ngatam. So this category of grains are left to be ripen to be collected later. In Kadayan tradition PADI LADUN has its own specialty. Padi Ladun or baas ladun is not consumed like the normal rice. Baas ladun is used to make AMPING or the verb for that is MANGAMPING.

MANGAMPING is another team activity that reflects how closely-knitted the Kadayan community is.

PANAUHAN PADI - DUONG : The uniqueness of Kadayan tradition is that it places padi as something esteem in their society. Very few cultures and traditions worldwide have something what the Kadayans has called DUONG as a storage house for their rice grains. Adequate protection is given to the DUONG such as the protection against pests like TIKUS dian BASING and of course water leakages. It is very important to keep the inside part of the DUONG dry as to avoid dampnes that may spoil the rice grains.

DUONG has only four pillars, each pillar is protected by metal sheet to avoid tikus and basing from climbing. In many instances DUONG is built away from tall trees and jutting branches to avoid similar pests from jumping to the DUONG.

NUTUK PADI - In the olden days rice mills were not availabe to separate the husks from the grains. The Kadayans are very creative. They use LASUNG and HALU to pound the rice grains. NUTUK PADI is again an activity based on teamwork. One LASUNG can accomodate 3-4 people using HALU to pound the padi. Only experience persons would be able to pound padi in a group of three or four people, the tempo and the timing must be right otherwise the HALU will collide amongst each other.


In kampung Kadayan, nutuk padi is considered as a fiesta. In most cases, the villagers organise the nutuk padi at the same time so that they can perform yet another art called BATINGKUNG. Batingkung is simply pounding the HALU at both ends of the LASUNG at the right tempo to produce musical sound. If the LASUNG is made from the quality wood, the sound would be better.

THAT'S IT FOR NOW GUYS. HOPE YOU ENJOY READING MY WRITE UP ABOUT PADI. IN MY OPINION THE KADAYANS ARE FAR MORE CREATIVE THAN ANY OTHER ETHNICS OF BORNEO WITH REGARDS TO PADDY PLANTING AND OTHER PROCESSES RELATED TO IT.